Polisi & Panduan Rasmi

TERMS & CONDITIONS 2026 πŸ“œ

This Agreement sets out the terms and conditions under which THINKER JOY (TJ) offers services. The rules are designed to promote stability, assist forward planning, and ensure proper resourcing and safety of the centre.

Bagi kemasukan sesi Januari, minggu orientasi adalah wajib untuk semua murid baru berumur 4 hingga 6 tahun (9:00 pagi – 11:00 pagi, yuran RM50.00) bagi membolehkan anak membiasakan diri dengan persekitaran sekolah.

Bagi kemasukan bulan lain, anak boleh menyertai 2-Day Free Trial Class. Permohonan kemasukan akan diproses apabila borang pendaftaran lengkap diserahkan bersama dokumen berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran (Birth Certificate) murid
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa / Penjaga
  • Salinan Rekod Imunisasi & Vaksinasi Murid
  • Borang Persetujuan Terma & Syarat Thinker Joy yang telah ditandatangani

JADUAL OPERASI:

  • Isnin – Jumaat: 7:30 am – 6:30 pm (Pintu dibuka seawal 7:30 am, kelas bermula tepat 8:30 am).
  • Sabtu: TUTUP (CLOSED).
  • Cuti Umum (Public Holiday): TUTUP (CLOSED).
  • Cuti Sekolah (School Holiday): TUTUP (tertakluk kepada perubahan semasa).

Sila ambil perhatian: Thinker Joy akan ditutup selama minimum 3 hari setahun bagi tujuan latihan profesional guru dan staf (Staff Training). Tarikh akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa.

Semua yuran hendaklah dibayar lebih awal (payable in advance). Pembayaran yuran pengajian tahunan mesti diselesaikan sebelum semester bermula, atau secara ansuran bulanan sebanyak 11 kali (Januari – November).

Kalendar semester adalah tertakluk kepada Takwim Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PENTING: Semua yuran yang telah dibayar adalah TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN (Non-refundable) dan TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK (Non-transferable) sebaik sahaja kelas bermula. Tiada pampasan gantian atau potongan yuran diberikan atas sebab cuti sakit, percutian keluarga, atau cuti persekolahan.

Ibu bapa yang ingin memberhentikan persekolahan anak untuk sesuatu semester lengkap (Januari – Jun / Julai – November) wajib mengemukakan notis bertulis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum semester berikutnya bermula melalui emel rasmi: thinkerjoy.edu@gmail.com.my.

Bagi memastikan notis penarikan diri adalah sah, semua tunggakan yuran dan bayaran terdahulu mestilah diselesaikan sepenuhnya.

  • Minggu Orientasi Murid Baru (4-6 Tahun): 9:00 am – 11:00 am | RM 50.00 (Wajib bagi murid baru sesi Januari untuk adaptasi emosi).
  • Lawatan Sambil Belajar / Field Trips / Acara Khas: Anggaran RM 55.00 – RM 200.00 setiap trip (Pilihan / Terbuka kepada semua). Notis akan diberikan sebelum setiap program berlangsung.

Ibu bapa diminta mengambil anak tepat pada masanya selepas program tamat. Pihak sekolah memberikan tempoh ihsan (grace period) selama 30 minit.

Selepas tempoh 30 minit tersebut, caj lebih masa (overtime) akan dikenakan sebanyak RM 10.00 bagi setiap jam. Pengambilan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya sebelum jam 5:30 petang / 6:30 petang bagi membolehkan guru membuat persiapan untuk hari berikutnya.

Kami mengiktiraf kepentingan kerja rumah sebagai peluang pembelajaran berterusan. Kerja rumah dilihat sebagai kaedah berkesan untuk mengukuhkan apa yang dipelajari di dalam bilik darjah dan membina corak pembelajaran sepanjang hayat murid.

Kanak-kanak yang tidak sihat, terutamanya yang menghidap penyakit berjangkit (contoh: demam campak, HFMD, selesema teruk), tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan perlu berehat di rumah sehingga sembuh sepenuhnya.

Sekiranya anak jatuh sakit semasa waktu persekolahan, ibu bapa akan dihubungi serta-merta untuk menjemput anak pulang.

PANDUAN UBAT-UBATAN: Sekiranya anak perlu mengambil ubat di sekolah, ibu bapa WAJIB memaklumkan kepada guru. Bekas ubat mestilah dilabel dengan jelas berserta dos sukatan dan ditandatangani di dalam TJ Communication Book.
DILARANG SAMA SEKALI MENINGGALKAN UBAT DI DALAM BEG ANAK TANPA PENGETAHUAN GURU.

Sambutan hari lahir dibenarkan diraikan di sekolah dengan menyediakan makanan/snek yang sihat dan berkhasiat untuk rakan sekelas. Ibu bapa perlu menyediakan sendiri kelengkapan sambutan.

Pihak sekolah mengalu-alukan hiburan mesra kanak-kanak seperti badut dan aktiviti kraf. Gula-gula dan makanan manis berlebihan adalah tidak digalakkan.

Setiap kelas mempunyai kumpulan WhatsApp rasmi yang digunakan untuk menyampaikan memo penting, menu makanan harian, dan perkembangan pembelajaran murid.

Ibu bapa bebas bertanya, memberi respons, atau cadangan secara beradab. Walau bagaimanapun, sebarang promosi produk, perniagaan, atau perkongsian yang tidak berkaitan dengan pembelajaran anak adalah DILARANG SAMA SEKALI di dalam grup sekolah.

Selain daripada ibu bapa, hanya individu yang namanya telah didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Rasmi sahaja yang dibenarkan untuk mengambil anak dari pusat pembelajaran.

Sekiranya terdapat perubahan wakil atau situasi kecemasan, ibu bapa wajib memaklumkan kepada guru bertugas terlebih dahulu sebelum waktu bersurai.

Pakaian Seragam: Murid wajib memakai pakaian seragam formal Thinker Joy pada hari Isnin hingga Khamis, manakala pakaian seragam tidak formal / sukan dipakai pada hari Jumaat.

Ibu bapa digalakkan menyediakan pakaian ganti di dalam beg anak untuk kegunaan kecemasan. Semua pakaian dan barangan peribadi mestilah DITANDAKAN NAMA ANAK DENGAN JELAS.

Membawa mainan mahal, peranti elektronik (tablet, iPad, DVD), atau barang berharga adalah atas risiko ibu bapa sendiri sekiranya berlaku kehilangan/kerosakan.

Sebagai penyedia perkhidmatan pendidikan, Thinker Joy bertanggungjawab memastikan persekitaran yang positif dan selamat. Langkah berjaga-jaga sentiasa diambil untuk mengelakkan sebarang kemalangan, namun lumrah perkembangan fizikal kanak-kanak boleh melibatkan benjolan atau kecederaan ringan semasa aktiviti bermain.

Ibu bapa dinasihatkan untuk mempunyai perlindungan insurans peribadi untuk anak masing-masing.

Sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan di pusat pembelajaran, pihak pengurusan akan menghubungi ibu bapa secepat mungkin.

Walau bagaimanapun, jika rawatan perubatan segera diperlukan dan ibu bapa tidak dapat dihubungi, ibu bapa memberi kebenaran kepada Pengurus atau wakil Thinker Joy untuk menguruskan rawatan kecemasan di hospital atau klinik terdekat demi keselamatan anak.

Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas membina atau aduan daripada ibu bapa. Sebarang kebimbangan boleh dikemukakan kepada pihak Pengurusan Thinker Joy sama ada secara lisan atau bertulis.

Semua butiran aduan dan tindakan pembetulan akan direkodkan secara telus. Ibu bapa boleh menghubungi kami secara terus melalui:

WhatsApp HQ